Jgnlah kita bersifat spt syaitan dgn cara menggunakan segala cara yg kotor utk menjatuhkan/ mengaibkan orglain hanya krn rasa tidak puas hati kita kpd org tersebut dan utk kepentingan diri sendiri. Taktik2 ini selalu digunakan lbh2 lg utk memalukan seseorg utk kepuasan nafsu sendiri/ menutup periuk nasi seseorg dgn cara memburukkan kerjaya/ perniagaan seseorg.
Seharusnya kita sbg manusia yg beragama, bertamadun sepatutnya lbh berakhlak dan memberi contoh kpd makhluk2 Allah yg lain krn kita adalah khalifah Allah dimuka bumi ini. Jgn menjd spt : “Org yg beragama belum tentu berakhlak”. Semkn tinggi belajar, semakin jahil dlm adab dan taat susila.
Terkdg manusia ini berselindung disebalik kopiah/ tudungnya...ingatlah bahawa manusia ini ada dua rupa, rupa diluar sbg topeng utk berlakon baik sahaja, dan rupa asli didalam tersembunyi, dan rupa yg tersembunyi akan terlihat melalui kata2 dan sikap kita. Seburuk2 manusia adalah manusia yg membaling batu, menyorokkan tangan dan manusia yg melakukan kejahatan keburukan atas muka bumi secara halus. Manusia2 inilah sikapnya spt syaitan krn syaitan juga bergerak melakukan kejahatan keburukan secara halus.
Dan ada juga manusia yg mendabik dada berckp ttg agama, ttp dia sendiri tidak memahami agama dimana manusia ini tidak segan silu melakukan dosa, menambahkan dosa, dan menyedekahkan pahala yg dia miliki yg tidak seberapa itu kpd org yg difitnahnya. Bersikap mengadu doba, melaga2kan sesama manusia, memburuk2kan orglain, adalah sifat syaitan yg nyata. Sehggkan Allah mengingatkan hamba2Nya bahawa; “org yg menfitnah orglain itu spt memkn daging saudaranya sendiri”. Sggupkah kita di akhirat nnt, dijatuhkan hukuman memkn daging manusia mentah2?
Menyentuh bab jodoh pula, sesetgh manusia tidak memahami apa itu jodoh. Jodoh itu rahsia Tuhan, hanya Tuhan yg mengetahui siapakah jodoh kita. Disbbkan itulah, Allah menyuruh hambaNya utk mengerjakan solat istiharah utk mendptkan petunjuk dan kepastian dlm membuat pilihan. Dan apabila petunjuk sudah kita dpt, usahlah kita gentar lg utk meneruskan niat kita bersama dgn insan tersebut. Krn dia diciptakan utk kita. Pendek kata, “dialah tulang rusuk kita”.
Manakala bab hati dan perasaan serta perkahwinan, memerlukan penyatuan dua hati dan jiwa atas kerelaan dan keikhlasan psgan itu msg2. Perkara spt paksaan, dibuat2, berpura2 tidak boleh wujud utk memastikan rumahtangga yg dibina bahagia. Ttp sesetgh manusia tidak memahami perkara ini, ada yg bersikap tidak matang langsung/ mementingkan diri apabila memaksa org yg dia suka utk berkahwin dgnnya. Apa yg dia fkr adalah perasaannya sahaja, tidak langsung berfkr mengenai perasaan insane yg dipaksanya utk berkahwin itu. Sifat ini juga sifat syaitan, sifat tak fhm bahasa dan sifat mementingkan nafsu sendiri sahaja. Spt kata, “syok sendiri”, “hidung tak mancung pipi tersorong2”/ ‘perigi mencari timba”. Kalau timba nak juga tak apalah, ini timba mmg taknak pun.
Akhir sekali, sy berpesan, jagalah akhlak kita msg2 agar kita tidak memalukan diri sendiri apabila org mengeji kita, dan yg akan terpalit hinaan itu adalah mak bapa kita dimana org akan berkata, “mak bapa tak pandai didik anak”.
wassalam