Pages

Friday, January 21, 2011

DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

1)   Membeli barang kemas
2)   Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
3)   Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
4)   Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
1)   Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati
2)   Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:
1)   Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).




TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
1)   Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
2)   Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
3)   Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
4)   Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
5)   Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
6)   Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
7)   Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:
1)   Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:
1)   Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
2)   Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
1)      Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki
1)     Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
2)    Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
3)    Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
4)    Cincin / gelang tangan / rantai.
5)    Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
6)    Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
7)    Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut
8)    Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
9)    Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
1)     Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
2)    Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
3)    Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:
1)     Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
2)    Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:
1)     Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.
Semoga semua yang dirancang terlaksana handaknya. Jika sy ada tersalah atau terkasar bahasa, sy memohon ampun serte maaf diatas kesalahan yg telah saya lakukan,
   Yang Baik itu Dari ALLAH S.W.T, yg lemah itu dari diri sy..
Sekian …
Selangkah Ke Alam Perkahwinan

IZZ PHOTOGRAPHY

    Asalamualaikum S.W.T

       Bersyukur saya pada ALLAH sebahanahuwataallah kerna hajat saya untuk membuka laman blog berkenaan alam rumah tangga serta sudut fotografi termakbul juga akhirnya..

       Sebalum saya melangkah lebih jauh lagi ingin saya perkenalkan diri ini kepada semua diluar sana
saya berasal dari sebuah negeri iaitu negeri Perak. Saya dibesarkan di sebuah kg yang agak maju .Kenali lah kg saya kerna byk pengalam yg anda akan dapat..nama kg sy adalah teluk anson atau nama yg selalu kita dengar iaitu teluk intan, dimana terdapat banyak peninggalan sejarah yg terdapat di situ, salah satunya menara condong...Sy dibesarkn dlm keluarga yg dlm keadaan yg sgt sederhana. Kami sekeluarga ada 4 org adik beradik,sy anak yg num 3,bersekolah di sek ren keb selabak & sek men keb seri perak..

       Alhamdulillah walau pun sy hanya menamatkn sek hingga tingkatan 5 shj namun berkat dari usaha serta doa dari ibu bapa sy, sy telah berjya didlm hidup kini.Oleh sebb sy selalu berkelapanagan masa sy telah menceburi bidang fotografi ini.Walau pun pada mulanya hanya ingin meluangkn masa lapang pada hujung minggu kini ia nya menjadi sumber razeki tambahan kepada sy,Bersyukur tahun demi tahun berlalu berlalu terasa dihati betapa rindunya bila berada di zaman kenak-kanak,banyak momori indah serta kanangan yg sukar sy lupakn jika masa itu sy dapat rakam melalui camera sudah tentu sehingga hri ini dpt sy melihat ..namun hidup perlu diteruskn tanpa menoleh kebelakang lg.Di harap blog sy ini dapat memberi maklumat  yang  atau info berkenaan alam perkahwinan  begitu la cerita serba sedikit tentang diri sy..
Wassalam