Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
1) Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
2) Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
3) Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
4) Membeli cincin kahwin.
5) Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
6) Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
7) Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
8) Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
9) Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
1) Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
2) Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya
3) Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital
4) Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
1) Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
2) Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
1) Kenal pasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
2) Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)